Sorotan Comic-Con: Filem Black Panther 2, Captain Marvel 2, dan Guardians of the Galaxy Vol. 3 Disahkan!

Semasa sesi panel Marvel Studios di San Diego Comic-Con hari ini, Marvel telah mengumumkan secara rasmi yang beberapa filem sambungan sememangnya sedang dalam pembangunan, termasuklah Black Panther 2, Captain Marvel 2, dan Guardians of the Galaxy Vol. 3.


Filem Guardians of the Galaxy yang pertama merekodkan sambutan di luar jangkaan, mencatatkan kutipan box office menghampiri jumlah USD775 juta, dan mendapat pujian disebabkan kombinasi unik barisan pelakon, jalan cerita, elemen komedi, dan yang paling disebut-sebut adalah pemilihan runut bunyi (soundtrack) yang amat bijak. Filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 juga membanggakan apabila mengutip sejumlah USD800 juta! 

Filem Black Panther ditayangkan pada Februari 2018, ditunjangi oleh Chadwick Boseman. Pengarah filem Creed, Ryan Coogler dengsan dibantu barisan pelakon hebat seperti Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, dan Andy Serkis, berjaya mencatatkan kutipan box office sebanyak USD1.3 bilion dan menjadi filem Marvel pertama memenangi bukan satu, tetapi 3 Anugerah Academy!

Manakala filem Captain Marvel yang ditayangkan pada Mac 2019 menampilkan Brie Larson sebagai watak utama, selain turut dibintangi Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace, with Annette Bening, dan Jude Law. Filem diarahkan Anna Boden dan Ryan Fleck itu mencatatkan kutipan USD1.12 bilion di seluruh dunia.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post