Robert Downey Jr Kembali Sebagai Watak Utama Dalam Filem Sherlock Holmes 3

Untuk sekian lamanya, laporan dan khabar angin telah dilaporkan tentang kembalinya Robert Downey Jr. untuk melakonkan watak Sherlock Holmes, satu lagi karakternya yang terkenal selain Tony Stark/ Iron Man. Francais filem Sherlock Holmes bermula cemerlang dengan filem pertama arahan Guy Ritchie pada 2009, dan sambungannya bertajuk Sherlock Holmes: A Game Of Shadows pada 2011 – tetapi filem ketiganya masih dalam keadaan berteka-teki, dengan pengarahnya memfokuskan pengarahan untuk filem-filem seperti The Man From UNCLE, King Arthur: Legend Of The Sword, dan Aladdin


Kini, telah disahkan yang filem Sherlock Holmes 3 akan kembali menemukan Robert Downey Jr. dan Jude Law sebagai Holmes dan Watson – dan akan diarahkan oleh Dexter Fletcher.


Ianya bakal menandakan kesinambungan pengarahan Fletcher usai filem biopik-muzikal Elton John, bertajuk Rocketman. Variety melaporkan yang jadual Downey Jr. yang telah agak lapang selesainya filem Avengers: Endgame, bermaksud filem berkenaan akan lebih mudah untuk dihasilkan, dan penggambaran boleh dimulakan bila-bila masa sahaja. 

Skrip filem Sherlock Holmes 3 bakal dinukil oleh Chris Brancato, dengan perancangan awal tayangan dijangka pada Disember 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post