Review Filem The Man From U.N.C.L.E (2015)


Filem The Man from U.N.C.L.E. adalah sebuah filem aksi komedi perisik yang diadaptasi dari sebuah siri televisyen tahun 60-an. Akronim U.N.C.L.E. membawa maksud United Network Command for Law and Enforcement, dan filem ini mengisahkan dua orang perisik iaitu Napoleon Solo (Henry Cavill) dari Amerika dan Illya Kuryakin (Armie Hammer) dari Russia bergabung untuk menyelesaikan kes melibatkan organisasi jenayah antarabangsa yang diketuai oleh Victoria Vinciguerra (Elizabeth Debicki) dalam misinya membina teknologi senjata nuklear. Kedua perisik ini hanya berpandukan kepada seorang anak saintis Jerman yang hilang, Gaby Teller (Alicia Vikander) untuk menyelinap masuk ke organisasi tersebut.


Set filem The Man from U.N.C.L.E. berlatarkan tahun 1963, dengan penggambaran, muzik latar, pakaian dan kenderaan semuanya tampak hebat seolah-olah kita turut berada pada zaman tersebut.

Tak mengapa jika kita tidak pernah menonton drama bersiri tersebut, kerana perjalanan filem The Man from U.N.C.L.E. dapat difahami dengan mudah.

Terima kasih #KLIPS kerana sekali lagi memberikan kami tiket wayang percuma. Kepada korang di luar sana, jangan lupa follow KLIPS untuk dapatkan peluang menang tiket wayang dan barangan filem percuma.

Kami beri 7/10 bintang untuk filem The Man from U.N.C.L.E. ini.

review oleh @ruzaimee

#KLIPSPremiereScreening #KLIPS

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post