Filem Fantastic Four ini adalah reboot kepada 2 filem sebelum ini (Fantastic Four dan Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer). Filem ini menampilkan Miles Teller sebagai Reed Richards/ Mr. Fantastic, Kate Mara sebagai Sue Storm/ Invisible Woman, Michael B. Jordan sebagai Johnny Storm/ Human Torch dan Jamie Bell sebagai Ben Grimm/ The Thing.


Fantastic Four mengisahkan dua sahabat baik dari kecil, Reed Richards dan Ben Grimm yang berusaha untuk membina sebuah prototaip mesin teleportasi dan berjaya menarik minat Profesor Franklin Storm (lakonan Reg E. Cathey), pengarah Baxter Foundation, ketika pertunjukan sains mereka di sekolah. Reed direkrut untuk menyertai mereka untuk menyiapkan projek Quantum Gate dan bekerjasama dengan anak-anak Profesor Franklin Storm, iaitu Sue Storm (lakonan Kate Mara) dan Johnny Storm (lakonan Michael B. Jordan) dan seorang protegenya Victor Von Doom (lakonan Toby Kebbell).


Ekperimen mereka berjaya tetapi penyelia projek tersebut Dr. Allen (lakonan Tim Blake Nelson) mahu bekerjasama dengan NASA untuk menghantar angkasawan ke Planet Zero untuk meneruskan ekpedisi ke planet tersebut. Tersentak dengan tindakan tersebut, Reed, Johnny dan Victor merancang untuk pergi sendiri dan Reed memanggil kawan baiknya Ben untuk pergi bersama mereka ke Planet Zero, tetapi malang menimpa apabila berlaku insiden tak diingini di Planet Zero berkenaan yang akhirnya mengubah molekul genetik mereka, menjadikan mereka mempunyai kuasa luar biasa.

Selepas kejadian berkenaan, mereka ditempatkan di dalam kawalan pihak kerajaan dan dijadikan 'kambing hitam' untuk berkhidmat dalam operasi ketenteraan, dengan perjanjian bahawa mereka akan diberi penawar untuk "penyakit" mereka itu.

Apakah yang berlaku seterusnya? Korang perlu tonton sendiri filem Fantastic Four di pawagam untuk tahu kesudahannya.

Kami beri 5/10 bintang untuk filem Fantastic Four ini.

review oleh @ruzaimee

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post