Saksikan Will Smith Sebagai Jin Dalam Filem Aladdin!


Selepas pendedahan teaser trailer filem terbaru Aladdin sebelum ini, ramai peminat menantikan perkembangan terbaru tentang filem live-action Aladdin terbaru dari Disney. Kini, trailer terbaru filem Aladdin telah diperlihatkan, dengan pendedahan pandang pertama Will Smith yang memegang watak Genie (Jin). Sebelum ini, peminat hanya boleh melihat Genie dalam bentuk manusia sahaja, tetapi dalam trailer terbaru ini, sudah boleh dilihat Genie dalam bentuk dan warna asal seperti dalam filem animasi Aladdin sebelum ini. Saksikan trailer filem Aladdin di bawah :



Ataupun jika kalian memilih untuk melihat gambar Wil Smith sebagai Genie, saksikan sahaja gambar di bawah :

will smith genie aladdin 2019

Selain Will Smith yang telah disahkan akan membawakan watak Genie (Jin), filem arahan Guy Ritchie itu masih mengekalkan jalan penceritaan asal di mana Aladdin (Mena Massoud) yang bertemu dan berkenalan dengan Puteri Jasmine (Naomi Scott) dengan dibantu oleh Genie dalam pengembaraan mereka. Mereka akhirnya akan bertembung dengan ahli sihir licik, iaitu Jafar (Marwan Kenzari) yang mahukan kuasa untuk dirinya sendiri.

Filem Aladdin dijadualkan untuk tayangan pada 24 Mei 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post