Dua Poster Terbaru Filem Captain Marvel Diperlihatkan - Bakal Ditayangkan Mac 2019


Dengan hanya berbaki tidak sampai sebulan, filem Captain Marvel kini merupakan filem terbaru yang paling dinantikan oleh peminat filem Marvel. Dari trailer-trailer sebelum ini, para peminat MCU sudah melihat sendiri Larson dalam mode superhero sepenuhnya, lengkap dengan helmet ikonik mohawk yang dikenakan oleh Captain Marvel. Kini, diperlihatkan dua poster rasmi terbaru filem Captain Marvel yang boleh dilihat di bawah :



Berbeza dengan filem-filem MCU terdahulu, filem Captain Marvel akan menampilkan latar tahun 90-an, dengan watak seperti Nick Fury dan Ejen Coulson ditampilkan lebih muda dengan penggunaan teknik CGI. Dalam filem Captain Marvel, Ben Mendelsohn akan melakonkan watak Talos, ketua bangsa Skrull, iaitu makhluk asing yang boleh bertukar rupa dan merupakan musuh ketat kepada bangsa Kree. 

Filem Captain Marvel mengisahkan Carol Danvers (Brie Larson) yang menjadi superhero terhebat apabila Bumi terperangkap dalam peperangan galaksi antara dua kaum makhluk asing. Berlatarkan tahun 1990-an, filem Captain Marvel membuka ruang sisi baru Marvel Cinematic Universe untuk pertempuran di angkasa lepas.

Selain Brie Larson, filem Captain Marvel turut dibintangi Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace, Annette Bening, dan Jude Law. Turut ditampilkan dari watak terdahulu adalah Djimon Hounsou dan Lee Pace, selain turut menampilkan Clark Gregg sebagai Ejen Phil Coulson.

Filem Captain Marvel diarahkan oleh Anna Boden dan Ryan Fleck, dan akan ditayangkan pada 8 Mac 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post