Saksikan Teaser Trailer Filem Frozen 2 - Bakal Ditayangkan November 2019

Selepas mencatatkan fenomena tersendiri dan menjadi pilihan kanak-kanak di seluruh dunia, tentunya ramai menantikan sambungan filem Frozen. Kini, Walt Disney Pictures dan Walt Disney Animation Studios baru sahaja memperlihatkan teaser trailer rasmi untuk filem Frozen 2!


Saksikan teaser trailer filem Frozen 2 di bawah :


Filem Frozen 2 yang merupakan antara sambungan filem yang amat dinantikan ini akan menyaksikan kembalinya pendokong watak suara seperti Kristen Bell, Idina Menzel dan Josh Gad, dan akan turut dibantu oleh Sterling K. Brown dan Evan Rachel Wood.

Filem pertamanya, Frozen, merupakan filem hit pada tahun 2013, dan mencatatkan rekod sebagai filem animasi dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak USD1.2 billion. Filem Frozen turut memenangi Anugerah Oscar untuk kategori Best Animated Feature dan Best Original Song dengan lagu “Let It Go” menduduki tangga 5 teratas Billboard 100.

Filem Frozen 2 diarahkan oleh Chris Buck dan Jennifer Lee, dan diterbitkan oleh Peter Del Vecho, Filem Frozen 2 dijadualkan untuk tayangan pada 22 November 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post