SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Monday, February 18, 2019

Penghasilan Filem Kung Fu Hustle 2 Kini Disahkan!


Penghasilan Filem Kung Fu Hustle 2 Kini Disahkan!

Akhirnya, setelah menanti selama 15 tahun, kini peminat-peminat boleh mengikuti sambungan filem Kung Fu Hustle 2


Pelakon Hong Kong, Stephen Chow telah mendedahkan yang sambungan filem Kung Fu Hustle itu sedang dalam pembikinan!

Walaupun khabar angin tentang filem tertentu bukanlah perkara asing, tetapi Chow sendiri telah mengesahkan penghasilan filem Kung Fu Hustle 2 ketika ditemubual baru-baru ini. Menurut MAAC Action Cinema, Chow memaklumkan yang pada awalnya filem Kung Fu Hustle telah dirancang seawal tahun 2005, namun terpaksa dihentikan disebabkan projek-projek filem lain yang sedang berjalan ketika itu.

Filem Kung Fu Hustle yang ditayangkan pada 2004 mencatatkan sambutan luar biasa dengan mengutip sebanyak USD17 juta (RM69 juta) di Amerika Syarikat sahaja, dan USD84 juta (RM341 juta) di lain-lain negara.

Pelakon berumur 56 tahun itu turut mendedahkan yang beliau mungkin akan membuat kemunculan cameo dalam filem tersebut. Chow telah bersara secara tak rasmi dari bidang lakonan sejak 11 tahun lalu.

Belum ada lagi informasi seperti tarikh tayangan dan barisan pelakon filem Kung Fu Hustle, jadi nantikan perkembangan terbaru dari kami.

No comments:

Post a Comment