Perkembangan Terbaru Filem Sherlock Holmes 3

Sherlock Holmes 3 merupakan sambungan kepada filem Sherlock Holmes: A Game of Shadows (2011) dan kesinambungan pengembaraan Sherlock Holmes versi Robert Downey Jr.di samping Jude Laws sebagai Dr. John Watson. Kedua-dua filem sebelum ini diarahkan oleh Guy Ritchie, dan mencatatkan kutipan sebanyak USD1 billion dengan bajet hanya sebanyak USD215 juta, dan antara francais yang mendatangkan keuntungan kepada Warner Bros. Kini, beberapa perkembangan baru tentang filem Sherlock Holmes 3 telahpun diperolehi. 


Robert Downey Jr. akan menyambung kembali wataknya sebagai Sherlock Holmes, dan turut disahkan yang Jude Law juga akan kembali sebagai Dr. John Watson. Filem Sherlock Holmes: A Game of Shadows berakhir dengan 'kematian' Sherlock Holmes, yang mana peminat dapat melihat sebenarnya Holmes cuma memalsukan kematiannya, dan sudah tentunya menantikan apa pengembaraan Holmes selepas ini nanti. 

Sherlock Holmes 3 telah dijadualkan untuk tayangan pada 25 Disember 2020, dan ini adalah selari dengan garis masa tayangan filem-filem Holmes terdahulu yang memang mengambil slot tayangan pada bulan Disember. Pengarahnya pula buat masa ini masih belum ditentukan, namun kemungkinan besar Guy Ritchie akan kembali semula ke kerusi pengarah.

Dengan tempoh lebih dari 2 tahun lagi untuk menunggu filem Sherlock Holmes 3 ditayangkan, dan masih tiada tarikh permulaan penggambaran, masih belum ada gambaran bila trailer pertama akan diperlihatkan. Jika dibuat anggaran, sekiranya filem tersebut akan ditayangkan pada Disember 2020, kemungkinan trailer pertama Sherlock Holmes 3 hanya boleh dilihat sekitar penghujung tahun 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post