Chris Hemsworth telahpun selesai menjalani penggambaran untuk filem Avengers: Infinity War dan filem akan datang Avengers 4 (yang masih belum diberi tajuk), dan antara pelakon yang telah habis kontrak filem bersama Marvel Studios (7 filem - termasuk watak cameo dalam filem Doctor Strange). Dalam temuramah bersama IGN baru-baru ini, Hemsworth memberi bayangan yang Thor mungkin akan kembali selepas filem Avengers 4.



Dalam temuramah berkenaan, Hemsworth menyatakan :

“I’ve just, literally two days ago, finished ‘Avengers 4’ and that’s my contract — my preexisting contract is done now, so it’s kind of like, ‘wow, that’s it. Two or three films ago I was like, ‘okay, a couple more.’ I was enjoying it but I was like… I felt a little restricted. And after this last experience with Taika, and actually these last two Avengers, I feel like we’ve reinvented the character a number of times — even in these next two, he evolves again, and you don’t get that opportunity often in a franchise. So I definitely feel a renewed sense of excitement and enthusiasm, and more so than ever, I think.”

Walaupun Hemsworth mengesahkan belum ada lagi perbincangan rasmi antara dirinya dan Marvel untuk kontrak terbaru, dia membayangkan akan ada tempat untuk Thor selepas kejadian dalam filem Avengers 4. Ada kemungkinan Thor boleh kembali dalam filem Captain Marvel, yang berlatarkan tahun 90-an, dengan memainkan watak Thor yang lebih muda.

Menurut Hemsworth, "If I had the opportunity to do it again, I think I’d love to. I also think there’s an appetite for it now, or there’s a far greater range of possibilities of where he can go now, what he can do, just because we’ve kind of broken the mold a bit.”



Pelakon-pelakon yang telah disahkan untuk filem Avengers: Infinity War termasuklah Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scalett Johansson, Chris Hemsworth, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Josh Brolin, dan Paul Rudd.

Sambungan filem Avengers ini bakal menyaksikan pasukan Avengers bergabung dengan pasukan Guardians of the Galaxy untuk menentang Thanos dan pasukan Black Order.

Pengarah Anthony and Joe Russo mengarahkan kedua-dua filem Avengers: Infinity War dan filem selepasnya yang masih belum diberi tajuk, yang menjalani penggambaran secara "back-to-back" di Atlanta.

Filem Avengers: Infinity War dijadualkan untuk tayangan pada 4 Mei 2018. Selepas itu, Avengers akan bersatu semula dalam filem keempatnya yang masih belum diberi tajuk pada 3 Mei 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post