Filem Spider-Man: Homecoming 2 dijadualkan untuk memulakan penggambaran pada Jun ini. Selepas kejayaan menampilkan Tom Holland sebagai Spider-Man terbaru dalam Marvel Cinematic Universe, Marvel Studios dan Sony Entertainment Pictures sudah tentu mahu menyambung kembali kerjasama mereka dengan sambungan filem berkenaan.



Tidak banyak yang diketahui berkaitan sambungan filem ini kerana masih terlalu awal untuk berbicara mengenainya, memandangkan masih ada 5 lagi filem dalam senarai Marvel. Dengan pasukan yang hampir sama dengan filem terdahulu, kita boleh menjangkakan kualiti sama, malahan mungkin lebih baik daripada filem Spider-Man: Homecoming, apatah lagi Spidey telahpun mempunyai pengalaman sebagai superhero.

Laporan oleh Omega Underground memdedahkan yang sambungan filem Spider-Man: Homecoming yang masih belum diberi tajuk ini, akan memulakan penggambaran pada 1 Jun 2018 dan dijangka selesai pada September nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post