Setelah berspekulasi beberapa bulan, HBO secara rasminya mengesahkan yang musim terbaru (dan terakhir) siri Game of Thrones akan hanya ditayangkan pada tahun 2019 di saluran kabel utama. Musim kelapan siri terkenal berkenaan akan hanya mengandungi 6 episod sahaja.



Game of Thrones adalah berdasarkan siri novel “A Song of Ice and Fire” oleh George R.R. Martin. Pada Musim 6, siri TV terkenal tersebut telahpun melepasi novelnya yang telah terhenti dan tiada novel baru.

Pelakon asal yang akan kembali untuk Musim 8 termasuklah Peter Dinklage (Tyrion Lannister), Nikolaj Coster-Waldau (Jaime Lannister), Kit Harington (Jon Snow), Lena Headey (Cersei Lannister), Sophie Turner(Sansa Stark) and Maisie Williams (Arya Stark), Alfie Allen (Theon Greyjoy), John Bradley (Samwell Tarly), Gwendoline Christie (Brienne of Tarth), Liam Cunningham (Davos Seaworth), Iain Glen (Jorah Mormont), Isaac Hempstead Wright (Bran Stark),  Rory McCann (Sandor “The Hound” Clegane) dan Richard Dormer (Beric Dondarrion).

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post