Filem Thor 4 Diumumkan, Taika Waititi Kembali Ke Kerusi Pengarah

Di samping jalan cerita yang bersahaja dan penggunaan warna-warna terang, filem Thor: Ragnarok arahan Taika Waititi semestinya diingati kerana menonjolkan watak Thor yang tidak selalunya serius sepanjang masa. Apatah lagi Marvel Studios menelusuri sisi komedi Chris Hemsworth yang diterjemahkan dalam filem tersebut, sehingga menjadi antara filem Marvel yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Filem Avengers: Endgame berakhir dengan Thor bersama dengan pasukan Guardians of the Galaxy, memberi bayangan yang Thor akan muncul dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 3. Jadi bilakah filem Thor 4 akan ditayangkan? Ini kerana menurut laporan The Hollywood Reporter, filem Thor 4 sememangnya sah akan ditayangkan, dengan pengarah filem Thor: Ragnarok, Taika Waititi akan kembali ke kerusi pengarahnya. 


Chris Hemsworth akan kembali melakonkan watak yang membuatkannya terkenal, iaitu sebagai Thor ataupun God of Thunder. dan walaupun jalan cerita filem Thor 4 masih terlalu awal untuk didedahkan, mungkin ada sesuatu yang bakal diumumkan di San Diego Comic-Con pada minggu ini. Marvel dijadualkan untuk memenuhi Hall H di San Diego Comic-Con pada 20 Julai ini dan mendedahkan perancangan penuh mereka untuk Fasa 4 Marvel Cinematic Universe

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post