Saksikan Poster Dan Trailer Filem The King's Man - Filem Terbaharu Francais Kingsman


Saksikan Poster Dan Trailer Filem The King's Man - Filem Terbaharu Francais Kingsman


Bersedialah untuk kembali ke dunia Kingsman, dengan kini kedua-dua trailer dan poster pertama untuk filem terbaharu dalam francais filem Kingsman, diberi tajuk The King's Man, diperlihatkan. Saksikan trailer dan poster tersebut di bawah : 




Filem ketiga dalam francais filem Kingsman, diberi tajuk The King’s Man, menyaksikan penggabungan kuasa-kuasa besar yang mengancam kemusnahan dunia. Kini, hanya seorang manusia yang diharapkan untuk menghalang ancaman tersebut.

Filem The King's Man arahan Matthew Vaughn itu akan menelusuri sejarah penubuhan agensi perisikan persendirian pertama tersebut yang menjadi asas kepada francais filem Kingsman. 

Ralph Fiennes akan membintangi filem The King's Man, disamping Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Tom Hollander, Harris Dickinson, Daniel Brühl, Djimon Hounsou dan Charles Dance.

Di akhir filem terdahulu (Kingsman: The Golden Circle) Eggsy telah mengahwini Puteri Mahkota Sweden, Harry kembali menganggotai Kingsman, dan Tequila (Channing Tatum) dari Statesman pula menganggotai Kingsman. Masih belum dapat dipastikan samada ketiga-tiga watak ini akan kembali atau tidak untuk filem The King's Man nanti.

Pada awalnya diberi tajuk The Great Game, filem The King's Man dijadualkan untuk tayangan pada Februari 2020.

No comments:

Powered by Blogger.