Filem Kingsman 3 Diberi Tajuk Rasmi, Iaitu The King's Man

Filem kedua dalam siri Kingsman, iaitu Kingsman: The Golden Circle telah ditayangkan di pawagam pada tahun lepas, dan ianya tidaklah berjaya seperti filem pertama Kingsman. Penghasilan filem ketiga juga sudahpun diumumkan beserta tarikh tayangan yang sepatutnya pada 8 November tahun ini, tetapi selepas pengambilalihan 20th Century Fox oleh Disney, segalanya berubah. 


Kini, pengarahnya, Matthew Vaughn telah mengumumkan filem terbaharu dalam siri filem Kingsman, yang merupakan filem prekuel, dan diberi tajuk The King's Man


Pengumuman awal menyatakan yang filem The King's Man akan dibintangi Aaron Taylor-Johnson, Ralph Fiennes, Charles Dance, Matthew Goode, Gemma Arterton, Djimon Hounsou, Daniel Brühl, Stanley Tucci dan Tom Hollander, dan berlatarkan awal 1900-an. Sinopsis awal filem The King's Man adalah seperti berikut  :

"As a collection of history's worst tyrants and criminal masterminds gather to plot a war to wipe out millions, one man must race against time to stop them."

Ditulis oleh Vaughn dan dibantu oleh Jane Goldman, filem The King's Man dijadualkan untuk tayangan pada 14 Februari 2020. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post