Pelakon Filem Aquaman Bakal Muncul Dalam Filem Terbaharu Marvel?

Beberapa bulan kebelakangan ini, Marvel Studios memberi bayangan yang mereka sedang cuba memperluaskan lagi kepelbagaian kaum dan latar etnik dalam filem-filem terbaharu mereka. Ini termasuklah pengumuman untuk menghasilkan filem Shang-Chi, berdasarkan watak komik mereka yang merupakan superhero berasal dari Asia, dan filem pertama yang menampilkan watak berkenaan sebagai watak utama dari benua Asia.



Penulis Dave Callahan telah dipilih untuk menyiapkan skrip filem Shang-Chi, dan dikhabarkan akan memulakan produksi tidak lama lagi. Persoalannya sekarang, siapakah yang akan melakonkan watak utama sebagai Shang-Chi?

That Hashtag Show melaporkan yang buat masa ini, Marvel sedang menilai pelakon siri Power Rangers dan Aquaman, Ludi Lin untuk watak Shang-Chi. Masih belum jelas samada beliau akan dipilih untuk watak berkenaan, tetapi kelihatannya dia merupakan calon yang sesuai kerana telah sedia mempunyai latar belakang dalam seni mempertahankan diri.


Selain itu, That Hashtag Show turut melaporkan yang Donnie Yen (Ip Man) turut diintai untuk watak dalam filem Shang-Chi yang masih dirahsiakan.

Destin Daniel Cretton akan bertindak sebagai pengarah, dan filem Shang-Chi merupakan salah satu dari 3 filem Marvel yang dijaduasembanglkan untuk tayangan pada 2021, di samping filem Black Panther 2 dan Doctor Strange 2.

Marvel Studios dijangka akan memberi pendedahan lanjut mengenai perancangan mereka untuk Fasa 4 MCU di D23 pada Ogos ini, selepas Fasa 3 ditamatkan nanti dengan filem Spider-Man: Far From Home yang telah dijadualkan untuk tayangan pada 2 Julai ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post