MCU Fasa 4 Diteruskan Dengan Pengenalan Filem Baharu


MCU Fasa 4 Diteruskan Dengan Pengenalan Filem Baharu

Filem Avengers: Endgame akan mula ditayangkan bermula 26 April 2019 (bermula 24 April 2019 di Malaysia), bermakna hanya beberapa minggu sahaja lagi peminat akan dapat menantikan filem yang paling dinantikan tahun ini. Marvel Studios sendiri dalam peringkat awal menghasilkan filem Black Panther 2, Guardians of the Galaxy Vol. 3, Doctor Strange 2, dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, masih tidak jelas bagaimana filem-filem baru ini akan saling berkait antara satu sama lain. Sudah tentunya, Marvel Studios amat beruntung kerana mempunyai seorang CEO seperti Kevin Feige yang ternyata sangat bijak merancang perjalanan Marvel Cinematic Universe (MCU) sehingga menjadi tahap seperti sekarang, dan beliau telahpun berkongsikan perancangan 5 tahun ke hadapan untuk filem-filem Marvel.


Marvel telah mengecap kejayaan yang bukan sedikit sejak kebelakangan ini dengan pengenalan watak-watak baharu untuk filem mereka, seperti Black Panther dan Captain Marvel. Marvel akan meneruskan tradisi dengan memperkenalkan filem solo baharu seperti Black Widow, The Eternals, dan Shang-Chi. Memetik temubual dijalankan oleh io9 bersama Feige :

“The slate that we’re building over the next five years [is] not apples to apples. It is two very distinct things and I hope they’ll feel very distinct. But there is a similar mentality going into it, which is ‘How can we continue to tell stories with some of the characters that audiences already know and love in a unique way, in a different way, in surprising way, of which we have a lot of plans and ideas and work already going into it?’ [Then] ‘How can we introduce new characters that even hardcore fans, comic fans, have barely known or barely heard of.’ That’s really exciting too".

Sudah tentunya peminat Marvel tidak sabar menantikan bila watak seperti X-Men dan Fantastic Four akan muncul dalam MCU, apatah lagi kini secara rasminya mereka telah memiliki hak untuk watak tersebut sejak pengambilalihan Fox selesai. Walau bagaimanapun, dalam temubual tersebut Feige membayangkan yang perkara tersebut masih belum dibincangkan lagi. Menurut Feige,

“It’ll be a while, it’s all just beginning and the five-year plan that we’ve been working on. We were working on before any of that was set. So really it’s much more, for us, less about specifics of when and where [the X-Men will appear] right now and more just the comfort factor and how nice it is that they’re home. That they’re all back. But it will be a very long time".

Adakah ini bermakna watak-watak X-Men akan 'diketepikan' dahulu buat sementara waktu? Berapa lama lagi peminat harus menunggu sebelum watak mutant versi MCU dapat disaksikan di layar perak?

Nantikan berita-berita terbaharu tentang Marvel Studios dari kami. 


No comments:

Powered by Blogger.