Filem Black Panther Memenangi 3 Oscar Di Anugerah Academy

Pada tahun lalu, Marvel telah memulakan kempen untuk mencalonkan filem Black Panther dalam kategori Best Picture di Anugerah Academy. Usaha itu akhirnya berbaloi, apabila filem Black Panther menjadi filem superhero pertama dicalonkan untuk kategori utama dalam Anugerah Academy. Walaupun tidak berjaya memenangi kategori Best Picture (Oscar dimenangi oleh filem Green Book) namun Black Panther tidak pulang dengan tangan kosong.


Filem Black Panther telah memenangi 3 Oscar di Anugerah Academy baru-baru ini, iaitu untuk kategori Best Production Design, kategori Best Costume Design, dan kategori Best Original Score.

Walaupun Marvel Studios tidak memenangi Oscar untuk kategori Best Picture, tetapi pencalonan filem Black Panther telah membuka mata pengkritik tentang keupayaan sebenar filem bertemakan superhero. Selain Black Panther, filem Avengers: Infinity War turut dicalonkan untuk kategori Best Visual Effects, namun tewas kepada filem First Man.

Filem Spider-Man: Into the Spider-Verse terbitan Sony merupakan antara filem yang mencatatkan  kemenangan besar, mengatasi filem seperti Incredibles 2 (terbitan Pixar) dan Ralph Breaks the Internet (Disney) untuk memenangi kategori Best Animated Feature.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post