Skrip Siapa Yang Akan Digunakan Untuk Filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3?

Tahun lepas, pengarah James Gunn telah dipecat oleh Disney (selaku pemilik Marvel Studios) dari mengarahkan filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3 akibat jenaka tidak sensitif yang dimuatnaik di akaun Twitternya sedekad lalu. Ia merupakan satu keputusan sukar yang menimbulkan perbalahan di kalangan peminat filem Marvel, termasuklah barisan pelakonnya sendiri seperti Dave Bautista (pendukung watak Drax) yang mengugut untuk meninggalkan francais tersebut jika Gunn diketepikan sebagai pengarah. Walaupun keputusan itu menyebabkan Marvel terpaksa menangguhkan tarikh penggambaran filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3, Marvel dan Disney berkeras dengan keputusan tersebut. Kini sumber sahih dari Marvel Studios  telah mengesahkan yang skrip James Gunn terakhir sebelum dipecat, akan digunakan sebagai latar filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3.


Menurut CinemaBlend, Presiden Marvel Studios, iaitu Kevin Feige telah mengesahkan sendiri yang cskrip James Gunn terakhir sebelum dipecat akan digunakan sebagai latar filem berkenaan. Dan beliau nampaknya menyatakan peranan Gunn sebenarnya adalah sangat kecil berbanding apa yang disebut oleh pengarah tersebut sebelum ini. Menurut Feige :

“His influence was GUARDIANS. It was GUARDIANS. It was his input on GUARDIANS and the AVENGERS films, as you’ve seen in INFINITY WAR, and on the GUARDIANS 3 script, which we’re still using. So you’ll see that influence…I think online, sort of the notion of ‘architect across multiple cosmic things’ was slightly blown out of proportion.”

Walau bagaimanapun, seperti dinyatakan oleh ComicBook.com sebelum ini, Gunn pernah menyatakan kepada IGN pada tahun 2017 yang peranan beliau sangatlah penting dalam membuka ruang watak filem Marvel untuk meneroka angkasa, bermula dengan filem Guardians Of The Galaxy, satu watak yang begitu asing jika penonton bukanlah seorang peminat komik tegar. Menurut Gunn : 

“It’s already a part of what I’m doing with Marvel and the conversations that Kevin and I have every day. When we’re talking about GUARDIANS OF THE GALAXY 3, and that story, that’s a story that will lead to other stories. It’s innate to the DNA that that’s the end of a trilogy but it’s the beginning of a whole other element of the Marvel Cosmic universe. That’s a part of what I’m doing now.”

Gunn kini terikat untuk menulis skrip bagi filem The Suicide Squad, dengan berkemungkinan mengarahkan filem berkenaan untuk Warner Bros. Untuk rekod, filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3 masih belum mempunyai pengarah sehinggalah ke hari ini, walaupun telah dijadualkan untuk memulakan tayangan pada tahun 2021


Sumber dari SuperheroHype

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post