Filem Guardians of the Galaxy secara rasminya telah mencatat rekod sebagai filem yang mencatatkan kutipan tertinggi di USA bagi tahun 2014, mengalahkan filem seperti The Lego Movie dan juga Captain America: The Winter Soldier.


Ia merupakan satu lagi siri kejayaan filem Guardians of the Galaxy. Sebulan lalu, filem ini memecahkan rekod box office pembukaan bulan Ogos sejak sekian lama. Tak lama selepas itu, ia mengalahkan filem Transformers untuk mencipta rekod baru 10 hari box office. Seminggu lalu, ia berjaya 'merampas' kembali tempat pertama box office daripada filem Teenage Mutant Ninja Turtles. Dan dua hari lepas, filem Guardians Of The Galaxy mengekalkan kedudukan tempat pertama dengan pungutan dianggarkan sebanyak $3.8 juta, menjadikan jumlah kutipan domestik sebanyak $262.1 juta, mengalahkan The Lego Movie (kini di kedudukan #3 2014, dengan $257.75 juta) dan Captain America: The Winter Soldier (di kedudukan #2 2014 dengan $259.77 juta).

Filem Guardians of the Galaxy turut mencatatkan rekod di mana soundtrack filem itu berada di kedudukan #1 album di Amerika (dan menurut Billboard, merupakan soundtrack pertama dalam sejarah yang berada di kedudukan #1 walaupun hanya mengandungi lagu-lagu lama).


Sumber dari io9

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post