Pengarah filem Captain America 3 baru saja mengesahkan yang watak Winter Soldier akan kembali dalam filem berkenaan. Maklumat ini telah didedahkan mereka kepada Movies.com, yang mengambil petikan kata-kata pengarah filem berkenaan yang memberikan pengesahan tersebut.


Walaupun tidak mendedahkan lebih lanjut tentang filem Captain America 3, mereka ada menyatakan telahpun menerima draf skrip yang 'menakjubkan' daripada penulis skrip filem itu, Christopher Markus dan Stephen McFeely, dan konflik watak antara Cap dan Bucky akan disambung dalam filem itu. Menurutnya,



Pengumuman kembalinya watak Winter Soldier dalam Captain America 3 bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana pada April lalu, pelakon Sebastian Stan sendiri telah mendedahkan yang dia mempunyai kontrak 9 buah filem bersama Marvel Studios. Selain itu, bukanlah menjadi rahsia yang watak Bucky Barnes yang dilakonkan Sebastian Stan mungkin akan menggantikan watak Steve Rogers, dibawakan oleh Chris Evans, yang akhirnya akan menjadi Captain America selepas kematian Steve Rogers sepertimana komik. Tambahan pula Chris Evans sendiri menyatakan yang beliau akan menumpukan kepada pengarahan filem pula selepas ini.


Sumber dari Cinemablend

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post