Ribbit merupakan filem animasi terbaru daripada KRU International dengan kerjasana Crest Animation dari India. Filem ini diarahkan oleh Chuck Powers, dengan lakon layar oleh Chuck Powers dan Amir Hafizi.


Filem ini mengisahkan seekor katak, Ribbit yang merasakan dirinya berbeza dari katak-katak yang lain. Demi mencari tujuan hidupnya, Ribbit memulakan satu perjalanan yang luar biasa melalui hutan hujan Amazon. Sepanjang perjalanan ini, Ribbit secara tidak sengaja telah dipukau untuk mempercayai yang dia adalah seorang putera manusia yang terperangkap dalam badan seekor katak. Kini memahami mengapa dirinya berbeza, Ribbit meneruskan pencariannya untuk mencari tuan puteri yang akan menciumnya dan menyelesaikan semua semua masalahnya. Ditemani kawan baiknya, tupai betina bernama Sandy, Ribbit menemui pelbagai watak yang menakjubkan dan melucukan dalam pengembaraannya itu.

Filem ini dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 4 September 2014.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post