Poster Baru Filem X-Men: Dark Phoenix Diperlihatkan!


20th Century Fox baru sahaja memperlihatkan perkembangan terbaru filem X-Men: Dark Phoenix, dengan mendedahkan poster terbaru filem berkenaan, yang merupakan filem ke-12 dalam francais filem X-Men. Kami pernah berkongsikan sebelum ini trailer pertama filem X-Men: Dark Phoenix, dan kini, saksikan pula poster terbaru tersebut di bawah : 


Dalam filem X-Men: Dark Phoenix, pasukan X-Men akan berhadapan dengan musuh paling ketat dan paling berkuasa yang juga merupakan salah seorang anggota pasukan tersebut, iaitu Jean Grey. Ketika satu misi penyelamatan di angkasa lepas, Jean hampir terbunuh apabila dia bertembung dengan satu kuasa kosmik misteri. Sejurus kembali ke Bumi, kuasa kosmik ini membuatkannya bukan sahaja menjadi sangat berkuasa, malahan menjadi tidak stabil. X-Men perlu bersatu bukan sahaja untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, malahan juga perlu menyelamatkan Jean Grey yang kini menjadi senjata entiti makhluk asing untuk kemusnahan galaksi. 

Filem X-Men: Dark Phoenix dibintangi oleh Jennifer Lawrence (Mystique), Nicholas Hoult (Beast), Alexandra Shipp (Storm), Tye Sheridan (Cyclops), Kodi Smit-McPhee (Nightcrawler), Sophie Turner (Jean Grey), dan Evan Peters (Quicksilver). 

Pengarah filem X-Men: Dark Phoenix adalah Simon Kinberg dan akan bertindak sebagai penerbit bersama-sama Lauren Shuler Donner dan Hutch Parker. Filem X-Men: Dark Phoenix telah dijadualkan untuk tayangan pada 7 Jun 2019. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post