Bilakah Tarikh Tayangan Filem Aquaman 2?


Deadline telah melaporkan yang Warner Bros. sedang dalam perancangan untuk menghasilkan filem Aquaman 2 susulan kejayaan filem Aquaman mencatatkan kutipan tinggi. Difahamkan, filem Aquaman 2 telah dijadualkan untuk tayangan pada 16 Disember 2022. 


Disebabkan sambutan menggalakkan filem Aquaman, Warner Bros. telah mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi francais filem tersebut. Minggu lepas, Noah Gardner dan Aidan Fitzgerald mengesahkan sedang membangunkan filem spinoff Aquaman berkisarkan dunia makhluk Trench, yang merupakan makhluk lautan dalam yang menyerang Arthur dan Mera semasa pencarian trident milik Raja Atlan. 

Filem Aquaman telah mengutip sebanyak USD1.1 bilion keseluruhan, menjadikannya filem DC yang paling menguntungkan buat Warner Bros. Filem Aquaman ditunjangi Jason Momoa (Justice League, Game of Thrones), mendapat pujian di kalangan peminat filem DC terutamanya yang memuji filem tersebut kerana berjaya lari dari stereotaip filem DC yang kebiasaanya bertema berat dan gelap. Selain Momoa, filem Aquaman turut dibintangi oleh Amber Heard (Justice League, Magic Mike XXL) sebagai Mera, Willem Dafoe (Platoon, Spider-Man 2) sebagai Vulko, Patrick Wilson (The Conjuring films, Watchmen) sebagai Orm/Ocean Master, Dolph Lundgren (The Expendables films) sebagai Nereus, Yahya Abdul-Mateen II (Baywatch, The Get Down) sebagai Black Manta, dan Nicole Kidman (The Hours, Lion) sebagai Permaisuri Atlanna. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post