Saksikan Trailer Terbaru Filem X-Men: Dark Phoenix


Trailer pertama filem X-Men: Dark Phoenix menunjukkan sedikit sebanyak tentang kuasa entiti kosmik bergelar Phoenix. Kali ini, trailer terbaru filem X-Men: Dark Phoenix menunjukkan kemusnahan yang dibawa oleh kuasa Phoenix, dan pertempuran di kalangan mutant. Saksikan trailer filem X-Men: Dark Phoenix di bawah :


Dalam filem X-Men: Dark Phoenix, pasukan X-Men akan berhadapan dengan musuh paling ketat dan paling berkuasa yang juga merupakan salah seorang anggota pasukan tersebut, iaitu Jean Grey. Ketika satu misi penyelamatan di angkasa lepas, Jean hampir terbunuh apabila dia bertembung dengan satu kuasa kosmik misteri. Sejurus kembali ke Bumi, kuasa kosmik ini membuatkannya bukan sahaja menjadi sangat berkuasa, malahan menjadi tidak stabil. X-Men perlu bersatu bukan sahaja untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, malahan juga perlu menyelamatkan Jean Grey yang kini menjadi senjata entiti makhluk asing untuk kemusnahan galaksi. 

Filem X-Men: Dark Phoenix dibintangi oleh Jennifer Lawrence (Mystique), Nicholas Hoult (Beast), Alexandra Shipp (Storm), Tye Sheridan (Cyclops), Kodi Smit-McPhee (Nightcrawler), Sophie Turner (Jean Grey), dan Evan Peters (Quicksilver). 

Pengarah filem X-Men: Dark Phoenix adalah Simon Kinberg dan akan bertindak sebagai penerbit bersama-sama Lauren Shuler Donner dan Hutch Parker. Poster terbaru filem X-Men: Dark Phoenix juga baru sahaja diperlihatkan sebelum ini.

Filem X-Men: Dark Phoenix telah dijadualkan untuk tayangan pada 7 Jun 2019. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post