Trailer Terbaru Filem Detective Pikachu Diperlihatkan - Bakal Ditayangkan Mei Ini


Filem terbaru Warner Bros. Pictures, iaitu Detective Pikachu, akan ditayangkan tidak lama sahaja lagi. Dan kini, trailer terbaru Detective Pikachu telahpun diperlihatkan. Saksikan trailer tersebut di bawah :


Peminat yang mengikuti francais siri Pokémon, ataupun yang pernah bermain permainan hit Pokémon Go, umum mengetahui yang Pikachu merupakan watak popular dalam siri Pokémon. Detective Pikachu merupakan penyiasat yang hebat mengesan barang-barang yang telah hilang. Watak Detective Pikachu akan dimainkan oleh Ryan Reynolds, manakala Ken Watanabe akan memainkan watak Detective Yoshida khusus untuk filem ini.

Filem Detective Pikachu merupakan filem adaptasi aksi sebenar berdasarkan francais anime/ permainan video Pokémon \dan akan dibintangi oleh Ryan Reynolds (Deadpool), Justice Smith (Jurassic World: Fallen Kingdom) dan Kathryn Newton (Big Little Lies). Filem Detective Pikachuakan diarahkan oleh Rob Letterman, berdasarkan skrip oleh Nicole Perlman dan Alex Hirsch.

Mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1996, Pokémon telah menghiburkan para peminatnya dari semua peringkat umur selama hampir 2 dekad. Dengan lebih dari 279 juta jualan permainan videonya di seluruh dunia, 21.5 billion kad permainan dipasarkan di 74 negara, dan siri animasi yang menjangkau sehingga 19 musim, Pokémon merupakan antara francais paling berjaya di dunia.

Filem Detective Pikachu akan ditayangkan di pawagam pada 11 Mei 2019.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post