Jom Tengok Gambar Terbaru Filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum

Filem John Wick (2014) merekodkan kutipan yang baik dan mendapat pujian ramai pengkritik filem dan mengumpul pengikutnya yang tersendiri. Tidak lama selepas itu, filem John Wick: Chapter 2 (2017) pula ditayangkan. Selepas pengakhiran yang agak tergantung, kini para peminat sudah semestinya tidak sabar menantikan filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum.


Keanu Reeves menyambung semula wataknya sebagai John Wick, pembunuh upahan yang dianggap legenda. Susulan kejadian yang berlaku dalam filem John Wick: Chapter 2, John Wick kini dikategorikan sebagai excommunicado kerana melanggar larangan di Continental, dan kini mempunyai upahan bunuh sebanyak USD14 juta untuk semua pembunuh upahan yang berminat. Mitos tentang John Wick sememangnya digeruni di kalangan dunia pembunuh upahan, dan ini sudah tentunya akan menjadikan filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum ini sangat menarik untuk dinantikan.

Saksikan gambar-gambar terbaru filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum yang boleh dilihat di bawah :

...

Filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum akan ditayangkan pada 16 Mei 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post