Filem The Eternals Akan Memulakan Penggambaran Pada September 2019?

Beberapa minggu lalu, That Hashtag Show telah menulis artikel berkaitan jadual tayangan filem-filem MCU untuk tahun 2020, dan membayangkan yang filem The Eternals berkemungkinan dijadualkan untuk tayangan 6 November 2020. Walaupun masih belum ada pengesahan rasmi tentang perkara ini, laman yang sama juga telah memberi bayangan yang filem arahan Chloe Zhao itu akan memulakan penggambaran pada September 2019!



Dengan filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang telah ditunda tarikh tayangannya, ada kemungkinan filem The Eternals akan memainkan peranan penting untuk memacu penonton lebih jauh ke sisi kosmik Marvel Cinematic Universe (MCU). Walaupun watak Eternals bukanlah watak yang dikenali bagi bukan peminat komik, ada kemungkinan yang filem The Eternals akan mewujudkan perkaitan dengan watak-watak dan jalan cerita sedia ada dalam MCU. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya filem Captain Marvel ataupun Avengers 4 tidak memberikan 'petanda-petanda' untuk asas bagi filem The Eternals.

Bagi tahun 2020, filem solo Black Widow telah dijadualkan untuk tayangan pada 1 Mei 2020, dengan tarikh penggambaran dijangka akan dimulakan pada Jun 2019.

Sebelum kesemua perancangan ini dimulakan, Marvel Studios akan menamatkan Fasa 3 MCU dengan filem Avengers 4 yang dijadualkan untuk tayangan pada 3 Mei 2019, dan Spider-Man: Far From Home pada 5 Julai 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post