Filem solo Black Widow akan menampilkan sisi baru Natasha Romanoff atau Black Widow, perisik Rusia yang bertukar menjadi superhero, dengan pembangunan watak berlatarkan apa yang berlaku sebelum penampilannya dalam filem The Avengers



Ini kerana laporan terbaru The Hollywood Reporter menyatakan yang filem Black Widow merupakan prekuel untuk filem The Avengers, yang ditayangkan pada tahun 2012.

Satu lagi filem terbaru Marvel, Captain Marvel (dengan aktres Brie Larson memegang watak utama), juga merupakan filem prekuel yang berlatarkan tahun 90-an.

Masih belum banyak yang diketahui tentang plot filem Black Widow, walaupun pengarahnya telah disahkan baru-baru ini.

Sebelum muncul dalam filem solonya, Black Widow akan tampil dalam filem Avengers 4 (yang masih belum diberi tajuk rasmi) pada 2019.


Sumber dari Cinema Online

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post