Dengan Comic-Con bakal menjadi berita utama minggu ini, sudah tentunya kami pun akan memaparkan berita terkini dari acara tersebut. Antaranya termasuklah Warner Bros., yang akan menampilkan panel untuk filem terbaru mereka, Aquaman, yang mana ramai peminat ternanti-nantikan trailernya. Namun begitu, sebelum trailer filem berkenaan diperlihatkan, poster terkini filem Aquaman kini didedahkan. Saksikan di bawah :



Menampilkan Jason Momoa yang kembali membawakan watak superhero dasar laut itu (selepas penampilannya dalam filem Justice League), filem ini diarahkan oleh pengarah kelahiran Malaysia, James Wan.

Filem ini akan menceritakan kisah latar Arthur Curry (Aquaman), yang terperangkap antara dunia permukaan dan dunia dasar laut - sebagai pemerintah kerajaan Atlantis – dan dinamika hubungannya dengan Mera (Amber Heard) dan Ocean Master (Patrick Wilson).

Filem Aquaman dijadualkan untuk tayangan pada 14 Disember 2018. Sudah tentunya kami tak sabar menantikan filem ini.


Sumber dari Empire Online

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post