Saksikan Trailer Rasmi Pertama Filem Bohemian Rhapsody


Setelah lama menanti, akhirnya trailer pertama filem Bohemian Rhapsody yang memaparkan perjalanan hidup salah seorang vokalis terhebat dunia muzik, Freddie Mercury diperlihatkan. Peminat kumpulan muzik Queen kini boleh menyaksikan transformasi Rami Malek, pelakon utama yang memainkan watak Freddie Mercury, menghidupkan karakter berkenaan dari awal kemunculannya dengan Queen dan perjalanannya selepas kemunculan mereka sehingga mengecap populariti.




Bohemian Rhapsody mengisahkan tentang Freddie Mercury, wataknya dimainkan oleh Rami Malek (Mr. Robot) dan kumpulan muzik ikoniknya, Queen. Queen diasaskan di London pada tahun 1970an dan dikenali dengan lagu hit seperti “We Will Rock You,” “We Are The Champion,” “Killer Queen,” “Don’t Stop Me Now,” dan banyak lagi. Sejarah Queen akan dipaparkan dalam filem Bohemian Rhapsody sejak kumpulan berkenaan ditubuhkan sehinggalah kematian tragik Mercury pada tahun 1991.

Selain Malek, watak anggota Queen akan dibawakan oleh Joe Mazzello, Ben Hardy, and Gwilym Lee. 

Bohemian Rhapsody dijadualkan untuk tayangan pada 2 November 2018.

No comments:

Powered by Blogger.