SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Thursday, July 19, 2018

Bila Tarikh Tayangan Filem Solo Joker?

Bila Tarikh Tayangan Filem Solo Joker?

Jujur dikatakan, kami bukanlah peminat watak Joker versi Jared Leto sepertimana dipaparkan dalam filem Suicide Squad, yang mana diakui umum amat sukar menandingi watak Joker versi Heath Ledger yang dipaparkan dalam filem The Dark Knight, yang diangkat sebagai watak Joker terbaik pernah dibawakan di layar perak.



Minggu lepas, Warner Bros. dan DC Entertainment secara rasminya mengumumkan filem solo Joker telahpun mendapat 'lampu hijau' untuk dihasilkan. Dan filem itu akan menampilkan aktor Joaquin Phoenix pula untuk membawakan watak Joker, dan akan hanya dikenali dengan tajuk Joker dan akan ditayangkan pada 4 Oktober 2019. Ini meletakkan filem itu akan ditayangkan sebaris dengan filem terbaru Paramount, Gemini Man dan filem terbaru Fox, The Woman in the Window.

Diarahkan oleh Todd Phillips (dari francais filem The Hangover), filem Joker akan berkisarkan watak seteru ikonik Batman, dan dikatakan merupakan pengkisahan asli yang tidak pernah dipaparkan di layar perak sebelum ini.

Filem solo Joker ini akan memulakan penggambaran pada hujung tahun ini, dan akan diedarkan oleh Warner Bros. Pictures.

Selain itu, Warner Bros. turut dilaporkan dalam perancangan untuk menghasilkan filem baru yang menampilkan semula Jared Leto sebagai Joker, menyambung wataknya dari filem Suicide Squad.


Sumber dari Comingsoon

No comments:

Post a Comment