Trailer Pertama Filem Aquaman Diperlihatkan Di Comic-Con 2018!



Selepas berkongsikan poster filem Aquaman sebelum ini, kali ini ditampilkan pula trailer penuh pertama filem superhero dari Warner Bros. Pictures dan DC Films, iaitu Aquaman. Saksikan trailer berkenaan di bawah :



Dari pengarah James Wan, filem aksi Aquaman ini menampilkan pertarungan sengit bawah laut, lengkap dengan tentera menaiki kuda laut dan ikan jerung! Filem Aquaman dibintangi oleh Jason Momoa, yang kembali membawakan watak raja lautan itu selepas penampilannya dalam filem Justice League. Filem Aquaman menceritakan kisah Arthur Curry - yang merupakan separuh manusia, separuh warga Atlantis — yang hidup sebagai manusia, dan kini akan kembali mendapatkan kedudukan sebenarnya sebagai raja lautan.

Aquaman turut dibintangi Amber Heard (Justice League, Magic Mike XXL) sebagai Mera, Willem Dafoe (Platoon, Spider-Man 2) sebagai Vulko, Patrick Wilson (The Conjuring, Watchmen) sebagai Orm/Ocean Master, Dolph Lundgren (The Expendables) sebagai Nereus, Yahya Abdul-Mateen II (Baywatch, The Get Down) sebagai Black Manta, dan Nicole Kidman (The Hours, Lion) sebagai Atlanna, ibu Arthur. 

Aquaman akan mula ditayangkan di pawagam pada 21 Disember 2018.


Sumber dari SuperheroHype

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post