Trailer Pertama Filem Shazam Diperlihatkan, Nampak Meyakinkan!



Selepas berkongsikan berita mengenai pelakon Zachary Levi yang akan membawakan watak Shazam dan gambar rasmi pertama beliau dalam sut Shazam, tiada lagi berita yang kami kongsikan mengenai watak superhero ini. Jujur kami akui, kami agak asing dengan watak Shazam, dan mungkin begitu juga dengan anda semua yang sedang membaca artikel ini sekarang ini. Di acara San Diego Comic-Con 2018 yang sedang berlangsung ketika ini, panel Warner Bros. Pictures telah berkongsikan trailer penuh pertama filem Shazam, menampilkan pelakon Zachary Levi sebagai versi 'dewasa' Billy Batson selepas bertukar menjadi superhero Shazam. Jika dilihat dari trailer, nampaknya meyakinkan! Saksikan trailer tersebut di bawah :


Billy Batson (Angel) boleh bertukar menjadi superhero dengan menjeritkan perkataan — Shazam!— di mana kanak-kanak berusia 14 tahun itu akan bertukar menjadi superhero dewasa Shazam (versi dewasa dilakonkan oleh Zachary Levi), melalui kuasa seorang ahli sihir kuno. Walaupun bertubuh dewasa, minda dan kelakuannya masih seorang kanak-kanak, dan apa yang dilakukan dilakukan oleh kanak-kanak yang tiba-tiba mempunyai superpower? Gunakannya dengan cara yang paling menarik! Shazam diuji untuk menguji batas kuasanya dengan kelakuan seorang kanak-kanak, namun perlu segera menguasai kuasa barunya untuk menentang ancaman dari Dr. Thaddeus Sivana (Strong).

Turut berlakon dalam filem ini ialah Asher Angel yang membawakan watak Billy Batson, Djimon Hounsou (Guardians of the Galaxy) sebagai The Wizard, Mark Strong (Kingsman) sebagai penjahat Dr. Thaddeus Sivana, Jack Dylan Grazer (IT) sebagai Freddy, Cooper Andrews (The Walking Dead) dan Marta Milans (Killer Women) sebagai pasangan keluarga pelihara Victor dan Rosa Vasquez.

Dicipta pada 1939 oleh C. C. Beck dan writer Bill Parker, Shazam pertama kali muncul dalam Fawcett Comics, Whiz Comics #2. Dengan melaungkan perkataan “Shazam!,” remaja bernama Billy Batson akan bertukar menjadi “world’s mightiest mortal” dan mempunyai kuasa luar biasa seperti dewa-dewa purba. Walaupun begitu, masih belum disahkan siapa yang akan memainkan watak Billy Batson.

Filem Shazam! dijadualkan untuk tayangan pada 5 April 2019.


Sumber dari SuperheroHype

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post