Pelakon Zachary Levi Terpilih Untuk Membawakan Watak Superhero Shazam

Pelakon Zachary Levi Terpilih Untuk Membawakan Watak Superhero Shazam

Pelakon Zachary Levi telah diumumkan sebagai pembawa watak superhero Shazam, dan perkara ini telah disahkan oleh pengarah filem berkenaan, David F. Sandberg di Instagram!

Dicipta pada 1939 oleh C. C. Beck dan writer Bill Parker, Shazam pertama kali muncul dalam Fawcett Comics’ Whiz Comics #2. Dengan melaungkan perkataan “Shazam,” remaja bernama Billy Batson akan bertukar menjadi “world’s mightiest mortal” dan mempunyai kuasa luarbiasa seperti dewa-dewa purba. Walaupun begitu, masih belum disahkan siapa yang akan memainkan watak Billy Batson.
Sandberg sebelum ini mengesahkan tarikh tayangan filem berkenaan telah ditetapkan pada bulan April 2019, dan dijangka memulakan penggambaran di Vancouver pada tahun hadapan. Dwayne Johnson tidak akan muncul membawakan watak Black Adam dalam filem ini, sebaliknya akan muncul dalam filem solo sendiri bagi watak anti-hero berkenaan. 
Levi kini muncul menyambung watak Fandral dalam filem Thor: Ragnarok yang sedang ditayangkan di pawagam.

Sumber dari Comingsoon

No comments:

Powered by Blogger.