Bila Trailer Pertama Avengers 4 Akan Ditunjukkan?

Bila agaknya kita boleh menonton trailer pertama filem Avengers 4? Dan bila pula Marvel Studio akan mendedahkan tajuk filem terbaru Avengers 4 itu? Inilah antara persoalan yang paling dinanti-nantikan oleh peminat filem Marvel, susulan 'petikan jari Thanos' di akhir filem Avengers: Infinity War.



Namun baru-baru ini, ketika menghadiri tayangan khas filem Black Panther untuk pengundi Anugerah Oscar, Kevin Feige, individu yang bertanggungjawab memacu Marvel Cinematic Universe (MCU) sehingga menjadi nama besar kini, telah menyatakan yang trailer pertama filem Avengers 4 akan ditayangkan pada tahun ini juga!

Walaupun tidak menyatakan tarikh tepat, namun mereka yang hadir pada sesi tayangan khas itu menyatakan yang Feige membayangkan trailer pertama Avengers 4 akan ditunjukkan sebelum hujung tahun ini, berkemungkinan pada bulan Disember.

Sekiranya benar trailer pertama Avengers 4 ditunjukkan pada penghujung tahun ini, sudah tentu tajuknya akan didedahkan pada tahun ini juga. Apatah lagi kini ramai telah berspekulasi tentang tajuk filem tersebut, antaranya Avengers: The Last Avenger dan Avengers: Annihilation.

Filem Avengers 4 akan ditayangkan pada 3 Mei 2019, dan sehingga itu, sudah pasti pelbagai pendedahan lagi akan dilakukan.

Nantikan sahaja pengumuman demi pengumuman di Sembangfilem.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post