Filem Terminator 6 Mengintai Tarikh Tayangan Charlie’s Angels?

Perebutan tarikh tayangan filem antara studio-studio penerbitan filem memang tak pernah habis. Kini, khabarnya filem terbaru Paramount, iaitu Terminator 6 sedang 'berebut' tarikh tayangan dengan filem baru Sony, iaitu Charlie’s Angels yang dijadualkan untuk slot tayangan pada 1 November 2019.



Ia bermula bila Warner Bros. 'memadam' tarikh tayangan asal filem The Six Billion Dollar Man yang sebelum ini dijadualkan untuk tayangan pada 2020, dan mengisi kekosongan itu dengan menjadualkannya untuk filem Wonder Woman 1984.

Dengan tarikh tayangan awal filem Wonder Woman itu dikosongkan, maka Sony segera mengambil peluang dengan mengisi kekosongan itu untuk filem Charlie’s Angels bagi slot tayangan bulan November.

Tetapi kini perebutan tarikh untuk slot tayangan pada 1 November 2019 masih berjalan, dengan Paramount berusaha untuk memastikan filem Terminator 6 — yang menemukan kembali pelakon filem asal Terminator iaitu Linda Hamilton dan Arnold Schwarzenegger — pada tarikh yang sama.

Sebelum ini, filem Terminator 6 telah diumumkan untuk tayangan pada 22 November 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post