Tarikh Tayangan The Six Billion Dollar Man Dipadamkan Dari Senarai Warner Bros?

Usaha Mark Wahlberg untuk membawa siri TV 70-an, The Six Billion Dollar Man ke layar perak sekali lagi menemui jalan buntu, apabila Warner Bros. telah 'memadamkan' tarikh tayangan filem tersebut dari kalendar tayangan tahun 2020 mereka. Pada bulan Mei lalu pula, telah dilaporkan yang pengarahnya, Damian Szifron telah menarik diri dari filem tersebut.



Penghasilan filem The Six Billion Dollar Man, reboot kepada siri TV terkenal tahun 70-an, menampilkan Lee Majors sebagai angkasawan yang bertukar menjadi cyborg selepas satu kemalangan, pada mulanya diumumkan pada 2015 dengan Wahlberg sebagai pelakon utama dan dijadualkan untuk tayangan pada 2017.

Kini, dengan Warner Bros. sekali lagi mengubah jadual tarikh tayangan filem-filem mereka, sekali lagi filem The Six Billion Dollar Man 'terlepas' tarikh jadual tayangannya iaitu pada 31 Mei 2020. Turut terkesan dengan penjadualan semula itu ialah tarikh tayangan filem Wonder Woman 1984.

Dengan perubahan tarikh tayangan The Six Billion Dollar Man itu, filem-filem Warner Bros. yang masih kekal untuk tayangan pada 2020 termasuklah filem solo Cyborg, Barbie, Godzilla vs. Kong, Wonder Woman 1984, Green Lantern Corps dan filem muzikal In the Heights. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post