Trailer Pertama Reign of the Supermen Diperlihatkan


Trailer pertama siri animasi terbaru DC, iaitu Reign of the Supermen baru sahaja diperlihatkan. Siri animasi terbaru ini merupakan kesinambungan dari siri adaptasi The Death of Superman awal tahun ini, yang mendapat kritikan membina dan diterima baik oleh peminat. Selepas 'pengorbanan' dilakukan oleh Superman ketika menentang Doomsday, beberapa versi Superman baru telah muncul, seperti Steel, Cyborg Superman, Superboy, dan The Eradicator. Tetapi tiada satu pun di kalangan mereka yang berupaya menghentikan Bumi dari ancaman luar, apatah lagi dengan ketiadaan Superman. Saksikan trailer tersebut di bawah :


DC Comics mencatatkan rekod memeranjatkan dengan jalan cerita The Death of Superman sekitar awal 90-an, dan memberikan penerbit komik tersebut satu kisah ikonik untuk watak Superman. Siri tersebut juga membuktikan 'kematian' yang berlaku dalam siri komik tidaklah kekal, kerana watak Superman dihidupkan semula selepas itu. 

Reign of the Supermen menampilkan Jerry O'Connell (Superman), Rebecca Romijn (Lois Lane), Nathan Fillion (Green Lantern), Rainn Wilson (Lex Luthor) dan Patrick Fabian (Hank Henshaw) untuk pemain suara watak-wataknya. Filem ini diarahkan oleh Sam Liu dengan skripnya ditulis oleh Jim Krieg dan Tim Sheridan. Warner Bros. masih belum mengumumkan tarikh tayangan Reign of the Supermen, namun ianya dijangka untuk hadir dalam versi digital pada awal 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post