Aktres Gwyneth Paltrow Tampil Dengan Sut Seakan Iron Man Untuk Avengers 4?


Avengers 4 mungkin merupakan filem yang paling dinanti-nantikan kini, selepas pengakhiran Avengers: Infinity War yang memperlihatkan sebahagian hero penyelamat Bumi bertukar menjadi abu. Kini, telah muncul perkongsian gambar terbaru yang membayangkan aktres Gwyneth Paltrow (Pepper Potts) yang agak menarik perhatian.

Gambar selfie berkenaan memperlihatkan aktres berkenaan mengenakan sut armor seakan Iron Man, yang boleh dilihat di bawah :


Gambar tersebut memperlihatkan Paltrow beraksi di hadapan skrin hijau yang besar, dan mengenakan sut berkilau lengkap dengan plet armor yang kelihatannya berwarna ungu dan perak. Turut dapat dilihat adalah slot kosong di dada, yang mana berkemungkinan akan menempatkan sumber kuasa (baca: arc reactor) untuk sut berkenaan.

Peminat-peminat sudah mula berspekulasi yang berkemungkinan akan dapat dilihat Potts mengenakan sut Rescue untuk filem Avengers 4. Apatah lagi watak Pepper Potts versi komik semenangnya mengenakan sut armor sendiri, bergelar Rescue.

Selain Paltrow, Avengers 4 turut dibintangi oleh Robert Downey Jr. (Iron Man), Chris Evans (Captain America), Josh Brolin (Thanos), Scarlett Johansson (Black Widow), Chris Hemsworth (Thor), Jeremy Renner (Hawkeye), Brie Larson (Captain Marvel), Danai Gurira (Okoye), Evangeline Lilly (The Wasp), Paul Rudd (Ant-Man), Karen Gillan (Nebula), Mark Ruffalo (Hulk), Don Cheadle (War Machine) dan Bradley Cooper (Rocket Raccoon).

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post