Trailer Filem The Curse Of La Llorona - Berdasarkan Kisah Dongeng Mexico


Ketika pengarah James Wan agak sibuk dengan filem Aquaman, dia juga tidak ketinggalan bertindak sebagai penerbit untuk filem seram terbarunya. Awal tahun ini, kita disajikan dengan filem The Nun dan Insidious: The Last Key, dan kini bersedialah pula untuk filem seram terbarunya, iaitu The Curse Of La Llorona. Diambil dari kisah dongeng Mexico, filem berkenaan cuba memperkenalkan sisi baru kisah seram: ‘The Weeping Woman’, hantu yang melemaskan kanak-kanak dan menarik kanak-kanak melalui tangisannya. Trailer filem The Curse Of La Llorona boleh dilihat di bawah : 


The Curse Of La Llorona berlatarkan tahun 70-an di Los Angeles, mengisahkan pekerja sosial, Anna (Linda Cardellini) yang telah diberi amaran tentang the Weeping Woman – dan kini mendapati anak-anaknya sendiri berdepan dengan gangguan makhluk halus berkenaan. Filem ini merupakan arahan Michael Chaves, dan bernaung di bawah syarikat Atomic Monster Productions milik James Wan. 

The Curse of La Llorona akan ditayangkan di pawagam pada bulan April 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post