SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Tuesday, October 23, 2018

Sultan Nazrin Mengharapkan Filem Paskal 2 Pula Dihasilkan

Sultan Nazrin Mengharapkan Filem Paskal 2 Pula Dihasilkan

Filem aksi berlatarkan komando elit TLDM, Pasukan Khas Laut atau singkatannya Paskal mencatatkan kutipan memberangsangkan di pawagam tempatan, dan tidak menghairankan jika Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sendiri memuji penghasilan filem berkenaan.


Sultan Nazrin yang mencemar duli menghadiri tayangan khas filem Paskal bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di sebuah pawagam di ibu kota pada Sabtu lalu, memuji Paskal sebagai “realistik dan memberi pengajaran” dengan “lakonan hebat dari barisan pelakon yang terlatih”, menurut laporan dari Astro Awani.

Lebih 100 orang penonton turut sama menonton tayangan khas itu, termasuk barisan pelakon dan alumni dari University of Strathclyde, United Kingdom.

“Ianya filem yang hebat. Beta berharap akan ada filem Paskal 2. Beta amat menggemarinya,” titah Sultan Nazrin, dengan menambahkan yang sambungan filem Paskal boleh mengetengahkan lebih banyak lagi misi berani pasukan Paskal di dalam dan luar negara.

Awal bulan ini, Paskal menarik minat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menonton filem tersebut di Golden Screen Cinemas’ (GSC) Cineplex di Aman Central Mall, Alor Star.

No comments:

Post a Comment