Giliran Filem Wonder Woman 1984 Pula Ditunda Tarikh Tayangan

Selepas pengumuman penangguhan tarikh tayangan filem The Flash (yang menampilkan Ezra Miller sebagai The Flash - menyambung wataknya dari filem Justice League), kini satu lagi filem dalam senarai DCEU turut menerima nasib yang sama. Kini, Warner Bros. mengumumkan yang filem Wonder Woman 1984 pula ditangguhkan tayangan dari jadual asal pada 1 November 2019 kepada 5 Jun 2020.


Memetik kenyataan Warner Bros. seperti dilaporkan oleh Entertainment Weekly :

“We had tremendous success releasing the first Wonder Woman film during the summer so when we saw an opportunity to take advantage of the changing competitive landscape, we did. This move lands the film exactly where it belongs.”

Wonder Woman 1984 yang dibintangi oleh Gal Gadot, yang turut mengesahkan penangguhan tarikh tayangan berkenaan di laman Twitter peribadinya.

Tarikh tayangan terbaru filem Wonder Woman 1984 itu pada asalnya adalah untuk filem The Six Billion Dollar Man, yang merupakan reboot siri TV klasik 70-an, iaitu The Six Million Dollar Man.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post