Filem Paskal Mencatat Kutipan Berjuta Ketika Tayangan Malam Pembukaan?

Filem aksi yang kini sedang ditayangkan di pawagam, Paskal merupakan filem terbaru yang mencatatkan kutipan box office , dengan mencatatkan kutipan sebanyak RM2 juta ketika tayangan malam pembukaan.



Filem arahan Adrian Teh itu dihasilkan dengan bajet sebanyak RM10 juta dan merupakan usahasama Asian Tropical Films, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw, mengisahkan tentang pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), iaitu Pasukan Khas Laut (Paskal) yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1982.

Filem itu memfokuskan kepada misi anti-lanun pasukan iti di Selat Aden dan Laut Sulu, selain misi pengaman di Angola, dan berdasarkan pengalaman Komander pertamanya, Laksamana Pertama Anuar Alias.

Dibintangi Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theeban G, Nam Ron, Datuk Eizlan Yusof, Steve Yap, Fabian Loo dan Jasmine Suraya Chin, ia mengisahkan kejayaan pasukan elit itu dalam misi pengaman PBB pada 1998, dan misi menawan semula kapal dagang MT Bunga Laurel dari lanun Somalia di Selat Aden pada 2011.

Paskal akan ditayangkan di Singapura dan Brunei dalam 2 minggu lagi, dan akan ditayangkan di China dan Turki pada bulan depan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post