Anda dah tengok filem Train To Busan? Filem zombie apocalypse berlatarkan negara Korea Selatan itu merupakan filem hit yang mengangkat nama pembikin filem Korea Selatan di mata dunia. Ianya sudah cukup sempurna dan sebenarnya tidak perlu dihasilkan semula dalam tempoh singkat.



Walau bagaimanapun, telah dikhabarkan yang pengarah filem The Conjuring dan Aquaman, James Wan akan menerbitkan versi remake filem hit 2016, Train to Busan, dan ini telah disahkan oleh EW. Diarahkan oleh Yeon Sang-ho, filem asalnya mengisahkan tentang penumpang sebuah keretapi yang terperangkap dalam keretapi berkenaan ketikanya manusia disekitarnya bertukar menjadi zombie. Gary Dauberman (Annabelle, It, The Nun) akan menggarap lakon layar untuk versi baru filem tersebut. 

Syarikat produksi milik James Wan, Atomic Monster akan menerbitkan filem tersebut. Selain Wan, Michael Clear dan Dauberman juga akan bertindak sebagai penerbit.

Menurut The Hollywood Reporter, New Line telah memenangi bidaan untuk hak penerbitan filem versi Bahasa Inggeris, dan sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post