TERKINI : Pandang Pertama Watak Mysterio Dari Filem Spider-Man: Far From Home



Tweethandle MCU_Tweets baru sahaja berkongsikan gambar pandang pertama watak Mysterio, dilakonkan oleh Jake Gyllenhaall yang akan muncul dalam filem SPIDER-MAN: FAR FROM HOME! Saksikan gambar tersebut di bawah:





Jake Gyllenhaal (Nightcrawler, Okja) dijadualkan untuk membawakan watak penjahat Mysterio dalam filem sambungan itu, dengan Michael Keaton kembali membawakan watak Adrian Toomes/The Vulture, yang mana ada kemungkinan sebagai satu permulaan untuk kemunculan kumpulan penjahat The Sinister Six di layar perak. Marvel kini dikhabarkan giat menjalankan ujibakat untuk mencari pelakon wanita berumur sekitar 20-an untuk mengisi kerusi pelakon wanita utama. 

Filem Spider-Man: Far From Home telah dijadualkan untuk tayangan pada 5 Julai 2019, di mana Tom Holland sendiri juga telah mengesahkan yang filem ketiga Spider-Man juga telah dirancang. Filem sambungan ini akan menampilkan Peter Parker di tahun pertamanya di Midtown School of Science and Technology susulan daripada kejadian yang berlaku dalam filem Avengers: Infinity War dan sambungannya nanti pada 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post