Kisah 1MDB Akan Difilemkan? Siapakah Penerbitnya?

Buku yang sedang hit sekarang ini, iaitu Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and The World sememangnya naskhah yang sesuai untuk difilemkan. Dan tidak lama lagi kisah berkaitan skandal 1MDB itu khabarnya akan difilemkan.



Aktres yang berasal dari Malaysia, Tan Sri Mich­elle Yeoh dikatakan akan membawakan buku tersebut ke layar perak, sebagai penerbit di bawah label Ivanhoe Pictures, yang merupakan penerbit bersama filem Crazy Rich Asians.

Yeoh sebelum ini baru sahaja menandatangani perjanjian dengan SK Global – syarikat induk Ivanhoe Pictures – untuk menerbitkan filem, dengan buku berkenaan sebagai medium untuk projek filem pertamanya. Beliau menandatangi perjanjian tersebut penghujung Ogos lalu, susulan kejayaan filem Crazy Rich Asians, yang turut menampilkan dirinya sebagai salah seorang pelakon utama.

Memetik kenyataan Yeoh :

“I’m truly excited to continue my relationship with Ivanhoe and SK Global to develop stories that bridge cultures”.

Ditulis oleh wartawan dari Wall Street Journal iaitu Tom Wright dan Bradley Hope, buku Billion Dollar Whale memfokuskan kepada Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dalang di sebalik skandal 1Malaysia Deve­lop­ment Bhd (1MDB).

Buku ini menampilkan nama-nama besar dan selebriti terkemuka seperti Leonardo DiCaprio dan model antarabangsa Miranda Kerr, dan lokasi eksotik dan eksklusif di mana golongan kaya dan terkenal berparti. Masih belum ada kepastian samada DiCaprio atau Kerr akan membuat kemunculan camoe dalam filem tersebut.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post