Siri Netflix Luke Cage Menerima Nasib Yang Sama Seperti Iron Fist

Hanya beberapa hari selepas pengumuman penamatan siri Netflix Marvel, Iron Fist hanya selepas musim kedua ditayangkan, satu lagi siri Netflix Marvel, iaitu Luke Cage juga telah diumumkan tamat dan tidak akan dihasilkan untuk musim ketiga. 


Dalam satu kenyataan yang diumumkan pada Jumaat lepas, Net­flix dan Mar­vel Tele­vi­sion mendedahkan berita tersebut, dengan kenyataan berikut :

“Un­for­tu­nately, Mar­vel’s Luke Cage will not re­turn for a third sea­son. Every­one at Mar­vel Tele­vi­sion and Net­flix is grate­ful to the ded­i­cated showrun­ner, writ­ers, cast and crew who brought Harlem’s Hero to life for the past two sea­sons, and to all the fans who have sup­ported the se­ries.”

Penamatan ini sudah tentunya memeranjatkan peminat siri Netflix berkenaan, apatah lagi dikatakan yang perbincangan Luke Cage musim ketiga juga sudah dalam perancangan. Walau bagaimanapun, penamatan ini ada dikaitkan dengan perancangan Disney untuk melancarkan perkhidmatan penstriman videonya sendiri di masa akan datang. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post