Mungkinkah Superman Versi Henry Cavill Akan Muncul Dalam Filem Shazam?

Pada bulan lepas, telah diumumkan yang Henry Cavill bakal 'mengosongkan' peranannya sebagai Superman, walaupun terdapat beberapa pelaporan yang agak bercanggah dari pelbagai pihak. Kini, terdapat pula khabar angin yang Henry Cavill akan membuat penampilan cameo dalam filem Shazam! yang dijadualkan untuk tayangan pada tahun depan.


Khabar angin kini kuat mengatakan yang Cavill akan membuat penampilan cameo seakan Nick Fury yang muncul di akhir filem Iron Man dan memberi tanda untuk penghasilan filem Avengers. Berkemungkinan juga, ianya adalah untuk memenuhi kontrak terakhir Cavill sebagai Superman, sebelum Warner Bros. merekrut pelakon lain untuk watak ikonik DC itu.

Filem Shazam! arahan David F. Sandberg dilaporkan akan menjalani penggambaran semula untuk tempoh 3 minggu di Toronto, bermula bulan depan, dan berkemungkinan inilah masanya di mana Cavill akan menjalani penggambaran cameonya.

Filem Shazam! telah dijadualkan untuk tayangan pada 5 April 2019, dan sehingga itu, kita nantikan samada benar Cavill akan membuat penampilan cameo ataupun tidak.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post