Henry Cavill Bukan Lagi Superman Versi DCEU?

Kecoh di kalangan netizen apabila dikhabarkan semalam yang Henry Cavill bukan lagi Superman versi DCEU. The Hollywood Reporter melaporkan berita tersebut yang Cavill 'keluar' dari DCEU dan Superman selepas perbincangan untuk kemunculan cameo Superman dalam filem Shazam! April nanti, tidak berjaya selepas pertindihan dengan jadual penggambaran Cavill dengan komitmen terbarunya untuk siri Netflix The Witcher. Warners dilaporkan telah memutuskan untuk 'berpisah' dengan aktor tersebut, yang memainkan watak Kal-El dalam filem Man of Steel, Batman v Superman: Dawn of Justice dan Justice League.



Menurut laporan terbaru, Warners dikatakan ingin memfokuskan kepada filem solo Supergirl. Perancangan untuk filem solo Superman juga masih belum diputuskan. Malahan sebelum ini juga telah ada khabar mengatakan Ben Affleck juga akan meninggalkan DCEU, dan tidak akan muncul dalam filem The Batman arahan Matt Reeves.

“Superman is like James Bond, and after a certain run you have to look at new actors,” menurut sumber dari studio tersebut. “There’s a recognition that some parts of the previous movies didn’t work.”

Shazam! akan ditayangkan di pawagam pada 5 April 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post